Tuesday, July 21, 2009

MEMAHAMI PENYUNTINGAN NASKHAH

Salam,

Saya telah dianugerahkan idea dan masa oleh Yang Maha Kuasa untuk menulis dan menerbitkan buku Memahami Penyuntingan Naskhah (Medium Publications, 2008) yang kini sudah dicetak buat kali kedua. Alhamdulillah kerana Perpustakaan Negara Malaysia bermurah hati kerana membeli 1,000 naskhah buku tersebut di bawah program pembelian terus dengan penulis.
Sememangnya kita di Malaysia amat haus dengan bahan bacaan seperti buku tersebut. Kebanyakan kita menggunakan buku dalam bahasa Inggeris yang jumlahnya amat banyak untuk kita mendalami bidang penyuntingan dan keeditoran. Antara buku yang lazim kita sebut ialah Chicago Manual of Style (Chicago Univ Press, 2003, Edisi ke-15) dan The Copyeditors's Handbook oleh Amy Einsohn (California Univ Press, 2005). Sudah tentu kedua-dua buku tersebut amat bernilai kepada kita. Namun kita masih memerlukan buku seperti itu yang menjadikan bahasa Melayu sebagai latar perbincangannya. Kita mempunyai Gaya Dewan (DBP, 1996) yang harus kita akui amat baik meskipun sudah sampai masanya dibuat edisi yang baharu.

Atas kesedaran akan kurangnya buku sedemikianlah saya menulis buku Memahami Penyuntingan Naskhah itu. Mujurlah saya mengajar kertas penyuntingan dalam program Masters in Publishing Studies di UM dan Masters in Corporate Communications di UPM; dan sudah tentulah kandungan buku itu pun disesuaikan daripada nota kuliah dan latihan yang diberikan kepada para pelajar Sarjana saya itu.

Buku tersebut mengandungi 13 bab, iaitu:

1. Mengenali buku
2. Siapa yang terlibat dalam penerbitan buku?
3. Memahami proses penerbitan
4. Siapakah editor?
5. Tugas dan tanggungjawab editor naskhah
6. Tugas-tugas editorial
7. Bahagian-bahagian buku
8. Penyediaan dan penandaan manuskrip
9. Proses prapenyuntingan naskhah
10. Proses penyuntingan naskhah
11. Memahami pruf
12. Editor dan pembacaan pruf
13. Editor dan undang-undang

Bunyinya macam nak promosikan buku itu kepada anda, tetapi niat utama saya adalah untuk memberitahu anda semua bahawa buku seperti itu sudah ada di pasaran. Cuma mungkin sedikit sukar untuk anda mendapatkannya. Kalau demikian, anda bolehlah menghubungi penerbitnya, Medium Publications atau mengunjungi laman webnya di http://www.mediumpublications.com/.

4 comments:

Citra Wangsa said...

Salam Dr. Kita bertemu di alam maya. Terima kasih krn mengundang saya dalam Forum Editor Malaysia. Idea yang sgt bagus dan bermanfaat.

Buku Dr. mmg sukar diperoleh di pasaran, mujur juga saya sempat membelinya semasa bengkel2 yang diadakan dulu. Sangat bermanfaat.

Zaid@Zaidel said...

Salam tuan. Sy memang ada membeli buku tersebut untuk rujukan dan panduan. Ketika membeli buku tersebut dibungkus, dan bila dah beli sbb berangapan pasti cetak dan kandungannya baik, maka terus bawa balik tanpa membalik terlebih dahulu. Membeli di KL dan untuk digunakan di Kuching. Jika saya minta tukar yang baharu boleh tak, sbb faktor cetakan tulisan dalam buku tersebut tidak jelas.

dibpenang said...

saya cadangakan buku-buu berkenaan penyuntingan, tugas sditor dan peranannya, skopnya diperluaskan dengan lebih terpernci untuk sesebuah buku.

Minta dr pecahkan antara proses penerbitan (penyuntingan, anatomi buku, layout ,percetakan), agar fokus tentang ssuatu topik lebih meyeluruh.

Nies said...

salam.dr..saya minat juga jadi editor ni..ada jugak duk jadi proof reader utk tesis master n phd..best jugak..bertambah ilmu..layari blog saya http://niesnoraliena.blogspot.com