Sunday, July 19, 2009

Response Anda

1. Gesaan saya untuk kita--insan yang meminati profesion editor--menubuhkan Forum Editor Malaysia (FEM) nampaknya mula mendapat response daripada rakan-rakan sekalian. Kebanyakan rakan yang menghubungi saya di talian 013-3622010 menyatakan sokongan dan dukungan bagi kita membina suatu platform yang dapat kita gunakan untuk manfaat kita bersama.

2. Marilah kita sama-sama menguar-uarkan hal ini kepada rakan-rakan yang seminat dengan kita. Bahawa sudah sampai masanya bagi kita memiliki pentas yang dapat kita gunakan untuk mempertemukan naluri keeditoran kita, kerana dengan langkah pertama itulah minat kita dapat kita bajai dan akhirnya nanti ilmu dan keterampilan akan menjadi buahnya.

3. Buat sementara ini, ajaklah rakan-rakan untuk mengunjungi blog ini bagi kita mengumpulkan tekad dan semangat.

2 comments:

Layla Haq said...

Usaha yang baik. Salam kenal.

Citra Wangsa said...

Saya cadangkan, satu perhimpunan editor-editor Malaysia diadakan (perhimpuanan halal). Melalui perhimpunan ini, editor seluruh Malaysia dapat berkenal-kenalan antara satu sama lain. Boleh bertukar2 fikiran utk meningkatkan prestasi kerja dan membuka perbincangan2 serius tentang profesion editor.

Amacam Dr.? Asyik buat bengkel je..tak sudah2...sesekali kita berkonvensyen apa salahnya...