Sunday, September 14, 2008

Selamat Datang ke Forum Editor Malaysia

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Laman blog ini adalah untuk anda semua, para editor, yang sentiasa mahukan ilmu dan pengetahuan untuk mempertingkatkan profesionalisme dalam bidang yang kita cintai ini. Ya, kita berasa bangga menganggap diri kita sebagai seorang editor, satu rantai yang amat penting dalam bidang penerbitan. Kitalah yang mengasuh dan membantu penulis untuk berkomunikasi dengan pembaca. Meskipun kita berada di belakang tabir, namun kita berasa bangga dan tidak pernah bosan dengan profesion kita ini.

Inilah platform bagi kita semua untuk mempertingkatkan profesionalisme kita. Justeru, sementara saya akan memberikan pelbagai info dan ilmu yang berkait dengan peningkatan profesinalisme kita dalam bidang editorial dan penerbitan, saya mohon anda semua memberikan sokongan dan dukungan. Salah satu ciri editor yang baik ialah sentiasa mahu meningkatkan ilmu dalam bidangnya, dan saya harap laman blog ini akan memainkan peranan itu.

Laman blog ini nanti akan diisi dengan pelbagai posting yang berkait dengan bidang editorial dan penerbitan serta sebarang info yang berkait dengan profesion kita semua sebagai editor. Masanya sudah sampai bagi kita semua memperkasa bidang dan profesion yang kita cintai ini.